Cara Kiraan Jumlah Tetamu Jemputan Perkahwinan

Kiraan Bilangan Pax Katering

Cara Kiraan Jumlah Tetamu Jemputan Perkahwinan

Kebanyakkan daripada anda susah untuk agak berapa sebenarnya bilangan tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi sekiranya anda menggunakan khidmat katering dalam menyediakan makanan untuk tetamu anda.

Rata-rata yang kami jumpa menghadapi masalah ini adalah tuan rumah yang tiada pengalaman mengadakan majlis perkahwinan. Kalau pernah buat majlis perkahwinan pun tapi masih belum tahu formula sebenar yang pihak katering gunakan untuk mengira jumlah kedatangan tetamu.

Di sini, kami kongsikan formula atau cara untuk membuat penggiraan tersebut:

Kiraan Bilangan Pax Katering
[Sumber Gambar: www.cahayakristal.com.my]

Daripada formula ini juga, anda boleh membuat anggaran berapa jumlah kad jemputan perkahwinan yang perlu dicetak.

Tapi, harus diingatkan.

Formula ini hanya untuk penggiraan jumlah kad kahwin yang diedarkan belum termasuk :

  • 1. Jemputan mulut oleh ibu bapa, adik beradik atau saudara mara
  • 2. Jemputan menerusi group whatsapp
  • 3. Jemputan menerusi facebook event

Sebenarnya, banyak faktor lain juga mempengaruhi jumlah kedatangan tetamu ke majlis perkahwinan.

Di sini, pihak perunding perkahwinan kami akan membantu dan memberi khidmat nasihat kepada anda bakal pengantin dan mak ayah yang ingin menjayakan majlis perkahwinan yang lancar dan gilang gemilang.

 

[Sumber]

Leave a Reply