Mengenai Kami

Butik Planet Pengantin adalah dimiliki oleh Planet Pengantin (002224168-P). Planet Pengantin merupakan butik pengantin yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan yang menyeluruh merangkumi khidmat Gubahan Hantaran, Andaman & Solekan, Busana Pengantin, Koleksi Pelamin & Dekorasi yang terkini, Katering & Khemah serta Fotografi & Videografi. Di Planet Pengantin, adalah menjadi kebanggaan kami dalam menyediakan kelengkapan perkahwinan bagi hari istimewa Raja Sehari.

 

Andaman & Solekan

Majlis Kesyukuran & PertunanganSolekan mampu memberikan kuasa yang tiada tandingnya. Solekan mampu mengubah wajah seseorang menjadi anggun, cantik, dan berseri. Menjelang hari bahagia, riaskan wajahmu dengan andaman yang pastinya memukau setiap mata yang memandang. Dengan sentuhan daripada Planet Pengantin, hari bahagia anda pasti akan lebih bermakna.

 

 

Busana Pengantin

SongketMembilang detik waktu untuk disatukan bersama insan tersayang pastinya debaran kencang menyelubungi diri. Tambahan lagi, apabila memikirkan fesyen yang sesuai digayakan di majlis bersejarah itu nanti. Tampil anggun dari hujung rambut hingga hujung kaki, dengan busana indah dari Planet Pengantin pastinya membuatkan si dia dan semua para tamu tergamam seketika kerana keindahan rekaannya yang memukau pandangan mata.

 

 

Pelamin & Dekorasi

Pelamin Dewan @ Dewan Kilat TNB
Pelamin Dewan High Back

Pelamin merupakan suatu simbolik di mana pasangan yang sudah diijab kabulkan dipamerkan di khalayak ramai untuk direstukan oleh sanak saudara dan kawan rapat. Dekorasi pelamin yang indah pasti menjadi bualan bagi ramai dan kekal sebagai kenangan yang terindah bagi anda. Di Planet Pengantin, kami menawarkan Koleksi Moden Mengikut Citarasa Terkini.

 

 

 

 

Sekitar Butik Planet Pengantin

 

Berkunjunglah ke Planet Pengantin untuk maklumat lanjut atau hubungi kami melalui telefon dan email..

nurul@planetpengantin.com | 016 – 212 5043

LIKE kami di Facebook: https://www.facebook.com/Planet.Pengantin

FOLLOW kami di Instagram: https://instagram.com/butikplanetpengantin