3 BULAN SEBELUM PREGNANT KENA MAKAN ASID FOLIK (apa tuuu)???


PENGALAMAN KAKAKPLANET HAMPIR KEGUGURAN ANAK PERTAMA

Kebanyakan bakal pengantin ramai yang x tahu pasal Asid Folik (omputih kata Folic Acid)..kali ni kakakplanet nak share pengalaman waktu mula2 mengandung kandungan 2 bulan hampir keguguran (ada bleeding). Waktu tu kahwin umur 27 tahun, sangat aktif kerja pagi balik pagi. Bab makan minum pun main bedal je especially tang minum kopi.. Memang hantu nescafe 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

Waktu tahu pregnant tu, memang berita paling gembira dalam hidup x tergambar dgn kata2.. Maka kita pun start la jumpa doc utk checkup. Doc pun cakap bla bla..u should stop drink coffee because caffeine is bla bla.. U should take Folic Acid 3 months before pregnancy.. Haa? BEFORE PREGNANCY?? bila doc explain kenapa kena ambil asid folik, hati rasa resah sgt sebab x jaga badan, x jaga pemakanan, tau2 pregnant. Takut sangat dengan condition kesihatan janin ok ke x. Yelah, kita mana nak tau nak kena consume asid folik, XDE SAPE bagitau huhu. Dah jumpa doc BARU la tau 😔😔😔

X lama lepas tu, start bleeding. Ya Allah, hati rasa sedih sangat2 terus pergi jumpa doc checkup . Peranakan pula ke bawah. Doc pula pesan, jangan berharap sgt dengan kandungan ni.. Mungkin jadi.. Mungkin xjadi.. Air mata pun dah bergenang. Doc pun bagi MC rehat beberapa hari. Xbagi langsung buat keje rumah, even basuh pinggan, sapu sampah pun jangan. Duduk diam2 atas katil rehat sepenuhnya. 🛌🛌🛌

Sejak dari tu, terus stop minum nescafe (waktu preggy ajela..sekarang masih hantu lagi cuma dah x setegar dulu😜), start ambil vitamin2 yg doc sarankan especially makan asid folik setiap hari.

Ok, sekarang korang mesti nak tahu APA ITU ASID FOLIK?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis, ekstrak daging lembu serta sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan.

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita itu merancang untuk hamil. Dos 400mcg (1 biji 1 hari) perlu diambil setiap hari selama 3 bulan sebelum kehamilan (jangan risau, bentuknya bulat kecil mudah nak telan dgn air okies😉) Harga kat farmasi utk stok 3 bulan lebih kurang RM50.

KENAPA ASID FOLIK NI PENTING?

Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.

Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly (kepala bayi kecil atau tiada kepala).

APA JADI JIKA BEKALAN ASID FOLIK TIDAK CUKUP?

RISIKO CACAT

Bayangkan sebarang kecacatan semasa proses penghasilan organ. Kekurangan asid folik akan menyebabkan anak kita mengalami masalah organ sampai mereka tua. Biasanya pada trimester pertama, banyak kes keguguran berlaku.
Antara benda dasyat yang boleh berlaku pada anak kita adalah Neural Tube Defects iaitu masalah pada pembentukan otak dan saraf.

1. ANENCEPHALY/ ENCEPHALOCELE

Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk (anencephaly) atau otak di luar tengkorak (encephalocele)

ANENCEPHALY

ENCEPHALOCELE

2. SPINA BIFIDA

Kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah.

3. RISIKO SUMBING
Selain masalah kecacatan tiub saraf, pengambilan asid folik juga penting bagi mengurangkan risiko terhadap sumbing (cleft lip/ cleft palate)pada bayi yang dilahirkan

4. RISIKO KECACATAN LAIN

  • Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  • Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  • Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
  • Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

PERANAN PENCEGAHAN

ASID FOLIK juga berperanan mencegah pelbagai keadaan seperti berikut:

  • Autism : Asid folik yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi
  • Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate. .
  • Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
  • Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
  • Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi
  • Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak
  • Anemia: asid folik memproduksikan sel darah merah, sekaligus mencegah masalah anemia semasa mengandung.

KESIMPULANNYA

Nah, utk korang yang x lama lagi nak kahwin tu.. Tunggu apa lagi. Banyakkan MEMBACA mengenai ASID FOLIK ni. Dapatkan consultation doctor utk korang merancang, jangan tanya kakakplanet maciam2, iolls bukan doctor.. Hahah 🤪

Buat yang belum dapat zuriat, jangan bersedih.. Bersangka baik pada Allah.. InshaaAllah aturan hidup kita memang dah cantik sangat tuhan kurniakan. Yang penting kita kena byk2 bersyukur atas setiap pemberian okies..


Apa yang kakakplanet kongsi ni dari pengalaman sendiri serta input bahan2 bacaan dari:

Vitamin Dan Suplemen Kesihatan Untuk Ibu Hamil

https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/folic-acid

https://doctoroncall.com.my/soalan/asid-folik

https://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan


SELAMAT MERANCANG DAPAT BABY COMEL👶👶👶