Ayam Masak Lemak (nak siap cepat) versi #kakakplanet

Antara menu berbuka puasa yg #kakakplanet masak laju2 di kala jam dah 6.30pm lepas balik dari butik adalah Ayam Masak Lemak Cili Padi. Versi #kakakplanet simple2 aje..jenis campak2 SIAP!! Heee.. SELAMAT MENCUBA! 😁

Nota: resipi ni kita buat utk 4 – 5 org sekali makan (x berapa pedas sebab nak bagi anak2 makan, diorang xtahan pedas)

CARA – CARA AYAM MASAK LEMAK CILI PADI (NAK SIAP CEPAT)

BAHAN – BAHAN:

  • Ayam 5 Ketul (dah basuh lepas tu gaul dgn sedikit serbuk Kunyit)
  • 1/3 santan kotak kecil
  • 1 keping kecil asam keping
  • 1/2 daun Kunyit (digunting halus)
  • Secawan air
  • 1 Sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa

BAHAN – BAHAN KISAR (Blender aje):

  • 1 ulas bawang merah
  • 1cm Kunyit hidup
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi
  • Sedikit air

OK.. JOM KITA MULA!

1. Masukkan bahan2 kisar tadi ke dalam blender, tekan je switch terus lumat. #kakakplanet memang x gemar nak tumbuk pakai lesung batu. Lagi2 kalau ada cili.. Huuuu pedorrr tangan pedih kena bahang pedas cili. Lalu natijahnya kita guna saja blender itu 😜

2. Sesudah blend, panaskan minyak tadi dalam periuk (nak pakai kuali pun boleh)

3. Tumiskan bahan2 kisar tadi dan gaulkan dengan ayam sehingga naik bau semerbak. Kacau rata sehingga ayam nampak agak masak.

4. Masukkan air dan santan. Kacau hingga mendidih. Masukkan asam keping tadi. #kakakplanet xsuka masam2 sangat maka kita letak 1 asam keping yg kecik mcm saiz 50sen baru😁

5. Sesudah ayam nampak empuk, masukkan daun kunyit yg telah digunting halus tadi.

6. Masukkan garam secukup rasa. Bulan puasa ni #kakakplanet main agak2 bubuh garam, 1/2 sudu kecil dah cukup.. tengok berapa banyak kuah kita nak.

7. Kacau punya kacau..SIAPPPP!

Nota: #kakakplanet suka kuah pekat, lemak berkrim.. Aduduh kalau korang suka cair, banyakkan air ya 😋😋😋

Gambar x dan nak snap satu2 sebab nak cepat punya pasal, bila dah siap baru ingat nak snap😆 OK korang, SELAMAT MENJAMU SELERA!