Campaign Post, Tag & Menangi DUIT RAYA RM1000!

Post Tag & Menang Duit Raya Planet Pengantin

Campaign Post, Tag & Menangi DUIT RAYA RM1000! Khas Untuk ex-pengantin PP sahaja tau😘

Salam Ramadhan kareem..

Lip lap lip lap dah seminggu kita berpuasa kan..nanti tau2 dah nak raya..haa korang dah start persiapan raya ke..ada yang nak beli langsir baru la.. Sofa baru la..barang kemas baru la.. Ehhh pening cik abam kan 🙊

Maka dengan itu, di kesempatan ini kami seluruh warga Planet Pengantin ingin berkongsi kegembiraan sempena menyambut Syawal yang akan datang menjelma. Nak jemput SEMUA para pengantin kami yang pernah menyokong kami..sebagai TANDA PENGHARGAAN KAMI YANG X TERHINGGA.. X kira walau ambil servis makeup sahaja ke..pakej Pelamin ke..Baju sahaja ke..utk menyertai Campaign Raya 2019 kali ni

(best kan..org lain suruh korang keluar duit beli brg raya, kami nak suruh korang terima duit raya tau..haa tapi ada caranya 😜)

SIAPA YANG LAYAK?

Of course hanya korang yang pernah ambil servis dengan kami, para pengantin PP dari tahun 2012 hingga bulan May 2019

BERAPA LAMA CAMPAIGN INI BERJALAN?

Bermula isnin 13/5/19 sehingga khamis 30/5/19 tepat jam 12.00 malam penyertaan ditutup (siapa yg submit post selepas waktu ini tidak layak sertai ya)

Keputusan pemenang duit raya akan diumumkan pada keesokkannya hari Jumaat jam 3.00 petang (inshaaAllah😁)


HAAA BAGAIMANA CARANYA?

MUDAH je..melalui Instagram (mohon JANGAN PRIVATE sepanjang masa campaign ya) senang kami nak visit/re-visit account korang.. nanti korang private kan la semula okies..

1. Kami perlu korang POST PICTURE pakai gambar baju pengantin PP tengah posing tepi pokok ka..tengah malu2 pilu kat pelamin PP ka..tengah feeling2 photoshoot outdoor MUA kami makeup ka) xkisah.. ASALKAN ber “air tangan” kan oleh Planet Pengantin ya 😻😻😻

2. Nyatakan di post tersebut, servis apa yang korang pernah ambil dengan kami.

Contoh (korang boleh copy paste je format ni)👇👇👇 :

Letak Nama Glamer korang berdua

Tarikh keramat: 18/8/2018

Contoh ayat : Throwback pic kami berdua yang masih segar dalam ingatan #PengantinPPRaya2019 (Nyatakan busana/pelamin/makeup/katering/dan lain2) dari👇👇👇:

@ButikPlanetPengantin

@ButikPlanetPengantin

@ButikPlanetPengantin

Buat semua kenalan/kawan2/sedara mara yang sedang mencari pakej perkahwinan, boleh roger #kakakplanet 016-2125043 atau layari www.planetpengantin.com

(terpulang jika korang nak pakai ayat sendiri..hee kalau nak komen membina mengenai servis kami lagi bagus..boleh kami perbaiki di masa akan datang 😁)

3. TAG 10 orang yang BERBEZA di GAMBAR POST click “tag people” (kawan2 yg BELUM KAHWIN/ sedara mara ke/ jiran tetangga ke serta WAJIB tag kami juga, total Tag jadi 11) kalau korang x tag kami, macam mana nak tau korang dah sertai campaign ni. Mention sahaja x mencukupi tau.. Bila dah tag, post korang akan tersenarai di ruang post kami automatically..okies faham kan…

Contoh:

4. Setiap 1 post merupakan 1 tiket yang berpeluang memenangi DUIT RAYA RM1000 ni. Setiap korang adalah TERHAD kepada 5 post SAHAJA = 5 tiket.

(contoh: isteri 5 post, suami 5 post) Kami akan update penyertaan korang setiap hari tau.. So korang jangan risau..lagi BANYAK korang post.. Lagi BANYAK PELUANG MENANG!!!

5. DAH… TU JE KORANG KENA BUAT.. Lepas korang dah post gambar, tulis ayat2 cinta sikit, Tag 10 ORANG yang BERBEZA BAGI SETIAP POST, pastu tag @ButikPlanetPengantin, kami akan tulis kat Kertas Tiket korang siap2 nama korang dan masukkan ke dalam satu Lucky Bowl utk dicabut sebagai pemenang. So, kalau korang nak LEBIH BERTUAH, submit lah 5 post laki 5 post bini (tips xberapa bocor Hahaha)

6. Pemenang akan dicabut undi oleh #kakakplanet & #abamplanet sendiri pada hari Jumaat yang barakah nanti. So kena rajin tengok Story PP tau..kita up video nanti 😅


CABUTAN BERTUAH UTK PEMENANG

1st RM300

2nd RM200

3rd RM100

4th RM50

5th RM50

6th RM50

7th RM50

8th RM50

9th RM50

10th RM50

11th RM50

Kita akan umum kan pemenang yang kesebelas dahulu ikut turutan ke bawah. Haaa jangan risau, kalau terlepas waktu siaran (rata2 korang tgh kerja waktu ni) kami akan DM personal utk minta nombor account korang utk transfer DUIT RAYA tu nanti okiess😉

Sebelum bermula, mari kita bersama2 melafazkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Sekali lagi kami warga Planet Pengantin terlebih dahulu nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS SOKONGAN KORANG SELAMA INI. TANPA KORANG SIAPALAH KAMI.

TERIMA lah pantun 4 kerat ni,

Main mercun memang merbahaya,

Tapi budak2 zaman skrg main selamba,

Kalau korang nak duit raya,

Apa lagi, mulalaaaaaaa 🤣🤣🤣

Click Link instagram kami: ButikPlanetPengatin


 

View this post on Instagram

The W H I T E L I L Y peplum with heavy beaded front detailing🌼🌼🌼 Baju ni size XL tau.. Boleh kecilkan sampai M..belum cuba belum tauuu😘 . Utk cik abam, boleh mix & match pakai kot raihan/ suit okies . Sebarang pertanyaan mohon whatsapp 📳0162125043 Butik DIBUKA 11.00AM – 7.00PM (Isnin tutup) Waze ➡️ Butik Planet Pengantin No. 13A-1, Jalan Kajang Perdana 2/2 Kajang Perdana, 43000, Selangor . JEMPUT DATANG SEMUA🤗🤗🤗 . . Nak lihat koleksi bebaju pengantin yang lain? JOM FOLLOW HASHTAG NI👇👇👇 . #KoleksiBusanaPP2019 #KoleksiBusanaPP . #ButikPlanetPengantin 💮💮💮 #malaywedding #malayweddingdress #songket #bajupengantin #busanapengantin #butikpengantin #butikpengantinkajang #butikpengantinbangi #butikpengantincheras #butikpengantinputrajaya #bajusanding #pakejperkahwinan #pelamin #pelaminkajang #pelaminbangi #pelamincheras #pelaminputrajaya #pesonapengantin #inspirasiperkahwinan #malayweddingguide #peplumputih

A post shared by BATIK RAYA | BAJU PENGANTIN (@butikplanetpengantin) on

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.