Mas Kahwin 2019 – Kadar Mahar bagi Negeri-Negeri di Malaysia

Mas kahwin atau mahar (Bahasa Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka”. 
(Surah An-Nisaa’ Ayat 4)

Cari.Com

Di Malaysia, jumlahnya berbeza mengikut perundangan syariah negeri-negeri tertentu. Jumlah yang ditetapkan itu adalah jumlah minimum. Pengantin lelaki boleh berikan lebih daripada jumlah tersebut mengikut kemahuannya.

KADAR MAS KAHWIN 2019 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

Negeri Nilai Janda RMNilai Bujang RM
Johor 22.50 22.50
Melaka100.00100.00
Negeri Sembilan12.0024.00
Selangor300.00300.00
Kuala Lumpur40.0080.00
Perak101.00101.00
Pulau Pinang24.0024.00
KedahTiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Perlis Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Pahang22.5022.50
Terengganu Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Kelantan Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Sabah80.00100.00
Sarawak120.00120.00
Labuan80.0080.00

*Bagi negeri yang “Tiada Ketetapan” dalam penilaian mas kahwin, maka nilainya ditentukan oleh ahli keluarga pengantin melalui rundingan bersama.

**Kadar mungkin akan berubah mengikut mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri masing-masing dari masa ke semasa.

MAS KAHWIN VS WANG HANTARAN

Antara Mas Kahwin (Mahar) dan Hantaran

Di Malaysia, mahar ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri tetapi wang hantaran ditetapkan oleh keluarga. Adat ini diamalkan berkurun lamanya sehinggakan sukar untuk dihakiskan. Amalan memberi hantaran tinggi juga menjadi-jadi sehingga timbul isu penggredan hantaran mengikut kelulusan atau pencapaian akademik pengantin perempuan atau jawatan yang dipegangnya.

Ia juga menyebabkan orang tersalah tafsir dan keliru yang mana wajib dan mengikut sunnah dan yang mana adat yang boleh ditinggalkan. Jika hantaran dijadikan mahar, ia boleh menjamin masa depan pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan itu sendiri. Wang hantaran dan segala pemberian bukan sesuatu yang wajib, namun jika ia dijanjikan semasa majlis pertunangan dan menjadi syarat kepada pernikahan maka ia boleh dituntut jika pasangan tidak jadi kahwin atau putus tunang.

Ia juga boleh dituntut berasaskan janji (kontrak) pertunangan jika pasangan bernikah. Apa pun jika pasangan yang ingin berkahwin mengikat janji dengan sepenuh keikhlasan dan amanah, isu wang hantaran tidak mencukupi atau tidak dipenuhi tidak timbul.

Manusia dipegang pada janjinya. Untuk berkahwin pasangan mesti selesaikan isu percaya mempercayai yang diikat dengan cinta keikhlasan serta kemampuan pasangan. Rumahtangga tidak dibina hanya dengan cinta tetapi dengan banyak faktor lain seperti isu ekonomi dan kewangan. Orang yang mampu berkahwin, mesti kahwin. Untuk berkahwin tentunya seorang lelaki mempunyai wang untuk dijadikan mahar tanda cinta dan penghormatannya kepada wanita. Berkahwinlah mengikut kemampuan masing-masing dan ukurlah baju di badan sendiri.

BONUS

Hukum Jadikan Al Quran Sebagai Mas Kahwin

Pemberian mas kahwin juga dibolehkan dengan pemberian senaskhah al-Quran kepada isteri. Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan mas kahwin surah al-Quran.Tetapi..

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud :
“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”

Hadith ini merungkaikan, betapa fakirnya seorang lelaki itu mahu menikahi seorang wanita, kerana dia hanya memiliki kain sarung dan hafaz beberapa surah dari Al-Qur’an sahaja. Kerana lelaki itu TIADA HARTA untuk bayar kepada wanita tersebut.

Adakah situasi anda sama seperti hadith di atas?

Terlalu fakir, dan tiada harta, duit, mahupun emas?

Jadi, kepada bakal suami, perlu di ingatkan tidak salah dijadikan Al-Qur’an sebagai hantaran, disamping telekung, jika anda tidak mampu dari segi kewangan. Jika sebaliknya, wajib memberi WANG MAS KAHWIN DENGAN SENASKAH AL-QUR’AN SEBAGAI HADIAH sahaja.