Peluang Pekerjaan Planet Pengantin

Kerja Kosong

PELUANG KERJAYA

Matlamat Planet Pengantin (M) Sdn Bhd adalah untuk menjadi sebuah Organisasi Berprestasi Tinggi (HPO). Di dalam mencapai matlamat tersebut, kami percaya bahawa kejayaan organisasi berkait rapat dengan pencapaian cemerlang individu-individu yang membentuk organisasi.

Sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan prestasi dan kecemerlangan, kami berpegang teguh kepada Proposisi Nilai Pekerja yang berikut:

  • Menyediakan peluang kepada individu menyumbang ke arah membangunkan industri perkahwinan di Malaysia
  • Menyediakan peluang perkembangan peribadi dan kerjaya profesional
  • Menawarkan ganjaran yang kompetitif dan persekitaran kerja yang kondusif

Sekiranya anda percaya kepada Proposisi Nilai Pekerja yang dinyatakan dan berminat untuk menjadi sebahagian daripada anggota PLANET PENGANTIN, sila kemukakan permohonan anda untuk mana-mana jawatan kosong yang bersesuaian dengan latar-belakang dan kebolehan anda.

Anda mungkin salah seorang daripada individu yang dicari!