Resipi NASI LEMAK #kakakplanet confirm jadi!

Setiap kali Ramadhan, on the very 1st day SAHUR.. #abamplanet request nak makan nasi lemak (wajib ya..kalau xbuat, mcm x lengkap hidup dia 🙊) So, malam jam 11.30pm tu #kakakplanet dah start prepare Nasi & Sambal. Dalam sejam dah siap! SELAMAT MENCUBA…

(nota: resipi nasi lemak ni sesuai utk 4-6 org makan, Sambal tu nanti siap berlebih2 boleh makan waktu berbuka skali 😉)

CARA MASAK NASI LEMAK MUDAH & SEDAP DEMI SUAMI TERCINTA🥰🙈😁


BAHAN – BAHAN (NASI)

  • Beras 2 cawan (dibasuh & dibilas)
  • Air mengikut sukatan jari
  • Santan segera 1 kotak kecil (xkisah brand apa pun)
  • Daun pandan 4 helai (basuh & digunting pendek2)
  • Halia 2cm (ditumbuk kasar)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Minyak masak 2 sudu besar

OK, JOM KITA MULA!

1. AMBIL UKURAN BERAS

Masukkan beras yang telah dibasuh tadi.. ambil ukuran menggunakan jari utk menentukan sukatan air. Cara begini dapat elakkan dari kita terlebih air (biar kurang jangan lebih..kalau kurang boleh topup, kalau terlebih nanti lembik)

2. AMBIL SUKATAN AIR

Keluarkan beras tadi, kosongkan periuk. Masukkan air mengikut sukatan jari tadi. Jika korang suka nasi lebih lembut, lepas dah masak nanti boleh tambah air panas ke dalam cooker.

3. MASUKKAN SANTAN

#kakakplanet suka pakai Ayam Brand, xkisah lah brand apa2 pun, 1 x santan kotak kecil tadi dah cukup buat rasa lemak berkrim nanti uolls 🤤

4. MASUKKAN DAUN PANDAN

Ambil daun pandan yang telah dipotong tadi, #kakakplanet pakai 4 helai je..wanginya nanti menusuk jiwa. Mujur belakang rumah ada daun pandan, malam2 buta pun kita boleh selamba je masak nasi lemak 😜

5. MASUKKAN HALIA

Buang kulitnya dulu, pastu tumbuk xyah lumat gigih sangat ya😁

6. MASUKKAN GARAM

1 Sudu Kecil dah cukup.. kita pakai garam bukit Halagel uolls

7. MASUKKAN MINYAK MASAK

Last skali, masukkan 2 sudu besar minyak masak. Haaa ni jangan lupa utk make sure nasi kita x berketul2, nanti dah siap masak.. Cantik je okies🥰

8. TEKAN BUTTON COOK

Bagi bahan2 tadi mesra alam sesama sendiri, kacau sebati dalam 2 minit..xyah lama2 tau

9. MASUKKAN BERAS

Kacau rata beras bersama bahan2 tadi dan tutup. Setiap 5 minit kacau lagi.. Supaya tidak berkerak nasi di bawah.. Sampailah nasi tu masak (waktu ni dapur kita dah wangi2 semerbak.. Nyummm)OK sekarang, jom kita prepare bahan2 untuk Sambal Tumis pula..


BAHAN – BAHAN (SAMBAL TUMIS)

Bahan2 tumis A (dikisar ke dalam blender) :

  • Bawang Merah 2 biji
  • Bawang Putih 4 biji
  • Halia 2cm
  • Belacan (nipis 0.5cm x 5cm panjang) siap dibakar
  • Ikan bilis segenggam (yang telah di goreng, jangan garing sgt takut pahit pula)
  • Air yang secukupnya

Bahan2 tumis B:

  • 6 senduk pes Cili kering (siap direbus & diblender)
  • 3 sudu besar air perahan asam jawa / setengah sudu besar pes asam jawa instant
  • 2 sudu besar gula perang/melaka
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

1. TUMIS BAHAN – BAHAN A

Panaskan 5 sudu besar minyak menggoreng ikan bilis tadi, masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali..sampai naik bau2an yang semerbak itu..Jika korang suka campur ikan bilis/ hirisan bawang dalam Sambal.. Boleh masukkan skali, tapi #kakakplanet suka asing ikan bilis tu & xnak bawang. Plain gituhh

2. TUMIS BAHAN – BAHAN B

Dah garing, masukkan pula pes cili kering.. Kacau sampai pecah minyak.. Slowkan api..kang meletup2 kangMasukkan air asam jawa, gula melaka, gula & garam tadi. Kacau sehingga mendidih

3. SUDAH SIAP!!! DAH BOLEH MAKAN!!

Beginilah rupa Sambal Tumis tadi (snap pic waktu malam), #kakakplanet sampai terlupa nak snap nasi lemak yg siap dgn Sambal, Telur Goreng, Ikan Bilis goreng waktu SAHUR tadi heheheh..SELAMAT MENCUBA korang! Nanti kalau dah siap tag la #kakakplanet kat ig @kakakplanet okies.. Selamat Menunaikan Ibadah PUASA 🥰🥰🥰🥰Lots of ❤️ dari, #kakakplanet yg gigih taip resepi utk korang masak sedap2 utk encik suami

Nota: Resepi ni boleh share je uolls, jgn lupa credit kegigihan iolls menaip ok! 🤪